Friday, February 13, 2009

Dilema 20 tahun berkhidmat TAPI.....

Serasa bagaikan tiada bumi yang nak dipijak, tiada langit nan boleh dijunjung pabila memikirkan hari mendatang yg masih diselubungi tandatanya. Hati mana nan tidak kecewa kalau perkhidmatan dan usaha bakti kita selama hampir 20 tahun tidak diiktiraf dek kerana penilaian rendah yang dibuat oleh hanya seorang pentadbir....hilang semua kecemerlangan prestasi aku sebelumnya (tak diambil kira)....beginilah nasibku menunggu dan menanti hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.....bagai menanti buah yang tak gugur untuk mendapat hak kenaikan ke gred DG44 sebagaimana yang dirasai oleh rakan-rakan lain yang seangkatan malah ada yang baru menjangkau 10 tahun !!!
HANYA PADA ALLAH TEMPAT KU BERSERAH.....

Wednesday, February 11, 2009

Pengalamanku sebagai pendidik....

Untuk hari-hari mendatang ini....akan ku ceriterakan kisah & pengalaman yg kulalui sepanjang 20 tahun mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan ini. Semoga ianya dapat menjadi tatapan pengajaran atau sempadan untuk kita semua dalam menempuh hari mendatang. Tungguuuuuuuuuuu.............

Saturday, January 31, 2009

Hebatnya Mercedes Benz E200


Petang tadi aku pergi ke rumah pemilik M.Benz E200 kerana ingin "test drive" kereta istimewa miliknya yang ingin dijual....sebenarnya aku ingin mencari untuk kakakku yang berada di Johor yang ingin menukar kereta Volvo 850SE miliknya yang sudah digunakan hampir 6 tahun.

Aku mengambil gambar kereta tersebut di bahagian luar dan dalam untuk tatapan kakakku...tibalah masa untuk test drive....waduh memang hebat penangan kereta ini berbanding kereta-kereta lain....body mantap dengan pemanduan yang stabil dan meyakinkan.

Seronoknya bercuti di kampung

Sempena cuti Tahun Baru Cina seminggu aku sekeluarga balik ke kampung di Pantai Timur (Kelate)....alahai seronok rasanya dapat berjumpa dengan ibu ayah dan saudara mara....bertambah lagi selera bila dapat kembali merasa juadah dan masakan Kelate seperti nasi dagang, nasi kerabu, laksa, laksam dll....fuhhh lama-lama di sini makin berisilah badanku jawabnya !
Jumaat 30 hb Januari aku kembali semula ke utara tempat ku mencari rezeki....sayu rasanya terpaksa meninggalkan desa tercinta bersama ibuku nan uzur....

Thursday, January 1, 2009

Salam Perkenalan

Assalamu'alaikum dan Salam Maal Hijrah 1430H serta Selamat Tahun Baru 2009.

Sempena kedatangan tahun nan baru ini, sama-samalah kita buka lembaran baru hidup kita...bak kata P.Ramlee dalam lagunya "..barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain..". Yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan untuk menempuh hari mendatang nan penuh ranjau dan onak berduri. Mana-mana azam dan impian kita yang tak sempat ditunaikan, teruskanlah usaha untuk mencapai dan menggapainya.

Kehadiran fajar 1.1.2009 ini menggamit aku untuk mula menulis kembara dan perjalanan hidup ini. Diharapkan ianya sedikit sebanyak bisa menjadi panduan dan iktibar bersama. Di samping itu diharapkan juga kita dapat berkongsi pengalaman dan idea demi untuk mempertingkatkan lagi martabat agama, bangsa dan negara kita nan tercinta.

YANG JAUH KITA DEKATKAN...YANG DEKAT KITA MESRAKAN....YANG MESRA KITA SERASIKAN BERSAMA DALAM "KEMBARA RASA"....